Cari Blog Ini

Jumaat, 6 Julai 2018

Bahagian 2 - Projek Rasuah terbesar Dato Seri Zahid Hamidi di Imigresen

Bahagian 2 - Projek Rasuah terbesar 

Dato Seri Zahid Hamidi di Imigresen


Setelah jurublog dedahkan Projek
Rasuah Dato Seri Zahid Hsamidi 
bahagian 1, kini jurublog akan 
menceritakan seterusnya apa 
yang telah dibuat oleh konco-konco 
Dato Seri Zahid Hamidi untuk 
menipu rakyat dan untuk kayakan 
majikan mereka.

Jurublog ingin perkenalkan seorang
yangsangat penting dalam hidup 
Dato Seri Zahid
Hamidi.

Nama watak penting ini adalah Shekh Ruzi.
Bila disebut nama ini, sesiapa yang mengenali
Dato Seri Zahid Hamidi akan tahu siapa dia dan apa peranan dia dalam
 kehidupan harianDS Zahid.

Shekh Ruzi adalah ‘gatekeeper’ Dato Seri Zahid Hamidi. Sesiapa sahaja
yang ingin berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri, mereka harus 
mendapatkan restu atau ‘appointment’melalui Shekh Ruzi. 
Tanpa kebenaran beliau tiada siapa dapat berjumpa dengan DS Zahid.
Kecuali menantu Zahid seperti yang telah jurublog ceritakan di bahagian
1 tempohari.

Baru-baru ini Shekh Ruzi telah membawa Dato Seri Zahid Hamidi dan
Datin Seri Hamidahke Korea melalui jet peribadi. Ruzi telah membawa 
kedua suami isteri ini dari Sabah dan terbang terus ke Korea. Shekh Ruzi 
menjaga apa sahaja yang dikehendakioleh Dato Seri Zahid. Isteri Ruzi, 
Datin Cindy pula ditugaskan untuk menjaga Datin Seri Hamidah
yang tidak fasih berbahasa Inggeris.

Shekh Ruzi dan isteri Datin Cindy, cina masuk Islam memang pakar dalam
menjaga kepentingan Timbalan Perdana Menteri dan isteri. Apa saja 
dikehendaki mereka akan ditunaikan. Dari shopping hingga ke makan 
ditempat mewah dan membuat ‘facial’semuanya akan ditanggung sepenuhnya 
oleh Shek Ruzi. Jurublog juga ingin berkongsi dengan rakyat Malaysia. 
Dato Seri Zahid baru saja membuat rawatan muka di Korea.
Jurublog sertakan gambar terbaru Timbalan Perdana Menteri ini untuk
tatapan rakyat Malaysia dan lihatkan sendiri perbezaan sebelum dan 
selepas rawatan muka ‘botox’ untuk menegangkan kulit muka yang kendur. 
(Rujuk gambar diatas)

Jurublog merasa kesal dengan tindakan yang dibuat oleh seorang yang
 berimejkan Islam seperti Dato Seri Zahid Hamidi. Ramai rakyat Malaysia 
terutama ahli UMNO yang tertipu dengan kewarakan beliau. 
Cara Dato Seri Zahid Hamidi saling tidak tumpah seperti mentor beliau 
Dato Seri Anwar Ibrahim. Mereka mempergunakan agama untuk menipu
rakyat dan dibelakang mereka membuat onar yang tidak disedari oleh
rakyat dan ahli UMNO.

Projek SKIN yang bernilai hampir 6 beliyun itu sudah hampir pasti
dilaksanakan. Dana dari projek rasuah ini akan pastikan Dato Seri Zahid 
Hamidi menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh. Walau Dato Seri 
Najib Razak sudah dibebaskan oleh Peguam Negara sebagai tidak bersalah, 
Dato Seri Zahid Hamidi banyak menyimpan dokumen-dokumen serta salah
laku yang dilakukan oleh Perdana Menteri. Apabila tiba masanya DS Zahid
akan menggunakan segala dokumen ditangan beliau untuk menjatuhkan 
Dato Seri Najib Razak.

Jurublog ingin menyambung semula tentang Shekh Ruzi. Masihkah
rakyat Malaysia ingat kes surat dari Dato Seri Zahdi hamidi untuk 
melepaskan penjenayah besar warga Malaysia yang telah ditangkap 
di Amerika Syarikat yang bernama Paul Phua Wei Seng? Paul Phua
adalah seorang ahli kongsi gelap yang dan kini hadapi dakwaan
pertaruhan sukan haram di Las Vegas, Nevada. Zahid bersihkan nama 
Paul Phua dengan mengatakan beliau telah membantu DS Zahid dalam 
projek-projek keselamatan. Dato Seri Zahid hampir musnah karier politik 
beliau disebakan surat itu.

Siapakah orang yang bertanggungjawab untuk membuat DS Zahid Hamidi
menulis surat itu?
Shekh Ruzi yang telah memaksa Dato Seri Zahid menulis surat itu kerana
Ruzi telah mengambil duit pendahuluan dari Paul Phua. Ruzi telah membuat
 satu perjanjian dengan Paul Phua untuk melepaskan dan membebaskan 
penjenayah antarabangsa ini. Shekh Ruzi telahmengambil duit dari Paul Phua 
sebanyak RM52 juta. Tetapi hingga kini Paul Phua tidak lepas bebas kerana
 surat yang ditulis oleh DS Zahid kepada FBI melalui Tetuan Shafie Abdullah 
terbocor kepada umum. Rosak segala perancangan Shekh Ruzi.
Paul Phua sudah membayar duit tersebut kepada Ruzi tetapi dia masih
dalam penjaradan sekiranya Paul Phua bebas kelak Shekh Ruzi bakal 
menerima padahnya kerana dia sudah mengambil duit tetapi tidak 
memenuhi janjinya.

Untuk bahagian ini jurublog akan henti disini dandalam bahagian akan
datang jurublog akan mendedahkan lebih banyak lagi kegiatan haram 
Shekh Ruzi, orang yang paling dipercayai oleh Dato Seri Zahid Hamidi. 
Kenalan rapat DS Zahid ada mengadu,kata mereka apa saja disuruholeh 
Shekh Ruzi akan diikuti oleh Dato Seri Zahid Hamidi.
 Menteri Dalam Negeri ini sanggup mengambil langkah yang tidak masuk
akal seperti dalam kes Paul Phua. 

HUMMER HITAM WNX 9776!!! Kantoikan Nazri Aziz dan anaknya Nedim

HUMMER HITAM WNX 9776!!! Kantoikan Nazri Aziz dan anaknya Nedim


Beberapa hari lalu Nazri Abdul Aziz telah menafikan menerima RM3 juta daripada 'kawan' hartawan kayu tetapi tidak pasti samada kawannya itu meminjamkan keretanya kepada anaknya.

Itu kenyataannya bila mengulas tulisan Raja Petra Kamarudin mendakwa bahawa Nazri dan anaknya Mohamad Nedim masing-masing menerima RM3 juta dan sebuah kereta sport dari Chia.

"Oh tidak, ia tidak benar, ia tidak benar. Chia ialah rakan. Saya tidak tahu jika dia dipinjamkan kereta untuk anak saya. Anda perlu bertanya kepada anak saya, "katanya di pejabatnya. 


Jika kita pergi untuk bertanya kepada anak Nazri Aziz sendiri ada dua kemungkinan yang akan kita hadapi. Samada kita akan dibelasah oleh anaknya itu ataupun pertanyaan kita tidak akan dilayannya. 


Bagi merungkai jawapan tentang kereta mewah tersebut KEADILAN dengan kerjasama Sarawak Report telah menjalankan siasatan sendiri untuk mengesahkan bahawa kenderaan mewah itu benar-benar digunakan oleh anak Dato’ Seri Nazri Aziz. 


Dan penemuannya ialah memang benar sebuah kereta mewah milik Micheal Chia kini digunakan oleh anak Nazri Aziz tetapi yang ditemui ialah Hummer.
  
Sebagai seorang Menteri kanan yang dipertanggungjawabkan menangani kes-kes rasuah dan pengubahan wang haram yang sensitif seperti kes RM40 juta ini, Nazri Aziz perlulah telus, bersih dan dilihat tidak mempunyai sebarang kepentingan dengan mana-mana individu yang dipertahankan beliau.

Malangnya, KEADILAN mempunyai bukti bahawa kaum keluarga beliau mendapat manfaat terus (direct benefit) dari sumbangan Michael Chia, iaitu individu utama yang dituduh di dalam skandal RM40 juta. 


Anak kepada Dato’ Seri Nazri Aziz iaitu Nedim Nazri Aziz dan keluarganya mendapat manfaat melalui sebuah kenderaan mewah jenis Hummer hitam dengan nombor pendaftaran WNX 9776.

Kenderaan mewah Hummer hitam WNX 9776 ini dianggarkan berharga lebih RM459,000 dan dimiliki oleh Michael Chia. Hakmilik ini boleh disahkan melalui carian saman di laman MyEG.

Saman bernombor 1100105197 bertarikh 1 April 2011 mengesahkan bahawa kenderaan Hummer hitam (gambarnya disertakan sekali di dalam carian saman MyEG seperti dalam Gambar A2) adalah dimiliki oleh Michael Chia atau Chia Tien Foh (670406-12-5261).

Bukti-bukti berikut (diperolehi melalui siasatan mengenai latar belakang anak Dato’ Seri Nazri Aziz dan pemantauan Hummer WNX 9776) mengesahkan bahawa kenderaan tersebut digunakan sepenuhnya oleh anak Dato’ Seri Nazri Aziz:

i) Kenderaan tersebut berada di parkir Clearwater Residence, Damansara Heights 


Pemantauan kami menunjukkan bahawa Hummer WNX 9776 dipandu oleh pemandu peribadi keluarga Nedim Nazri Aziz. Rutin harian kenderaan tersebut banyak berkisar di antara Clearwater Residence (kediaman anak Dato’ Seri Nazri Aziz) dan Bangsar Shopping Complex (kedai anak Dato’ Seri Nazri Aziz). 


Gambar-gambar pemantauan di lobi Clearwater Residence yang jelas membuktikan bahawa kenderaan itu berulang-alik dari Clearwater Residence dan dipandu oleh pemandu dan pengawal peribadi keluarga Nedim Nazri Aziz. 






Bukti-bukti bahawa Nedim Nazri Aziz tinggal di Clearwater Residence sila lihat di sini

Kes RM40 Juta Umno Sabah

 
Baru-baru ini, Malaysia di gegarkan dengan berita yang melibatkan skandal ‘ wang derma’ untuk UMNO Sabah sebanyak RM40 Juta. Dikatakan juga bahawa wang tersebut  diseludupkan melalui Hong Kong oleh Micheal Chia, Jutawan balak dari Sabah.
Walaupun, Sarawak Report melapurkan telah mendapat akses kepada dokumen-dokumen berahsia dari hasil siasatan pihak ICAC Hong Kong dan juga SPRM Malaysia, yang jelas membuktikan bahawa Musa Aman  terbabit secara langsung.  Namun saperti biasa, Musa Aman sentiasa berkeras menafikan tuduhan yang dia dikaitkan dengan Michael Chia.
Dalam kerumitan kes tersebut,  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tampil kehadapan menerangkan bahawa kes tersebut sebagai ‘Case Closed’.
Ingatkan kes ini benar-benar di kategorikan sebagai 'case closed'. Tetapi disebaliknya,  ia lebih menarik  selain dari bertambah kalut bilamana Pengarah strategi PKR , Rafizi Ramli mendedahkan bahawa anak kepada Nazri Aziz, iaitu Nedim Nazri Aziz mendapat manfaat daripada Michael Chia melalui sebuah kenderaan mewah jenis Hummer hitam dengan nombor pendaftaran WNX 9776.
Menurut Rafizi, kereta mewah Hummer WNX 9776 ini bernilai RM459,000 dimiliki oleh Michael Chia dan ini kata beliau boleh disahkan melalui carian saman di laman web MyEG.
  • Justeru  jawapan di dalam Parlimen oleh Nazri yang mempertahankan individu-individu yang disabitkan dengan skandal wang Umno Sabah menimbulkan banyak tanda tanya, kata Rafizi.
  • Kata Rafizi selanjutnya, PKR mempunyai bukti bahawa kaum keluarga Nazri menerima manfaat terus dari Micheal Chia, iaitu individu utama yang dituduh bersubahat dalam skandal RM40 juta yang melibatkan kes penyeludupan wang kepada ketua menteri Sabah, Datuk Musa Aman.
  • Menurut Rafizi, kenderaan tersebut sering berada di tempat meletak kereta di Clearwater Residence, Damansara Heights iaitu kediaman Nedim.
  • “Pemantauan kami bahawa Hummer WNX 9776 dipandu oleh pemandu peribadi Nedim Nazri Aziz.
  • “Rutin harian kenderaan tersebut banyak berkisar antara Clearwater Residence dengan Bangsar Shopping Complex, di mana Nedim dan isterinya memiliki premis di situ.
  • “Melalui gambar-gambar pemantauan di lobi Clearwater Residence jelas membuktikan bahawa kenderaan itu berulang alik dari Clearwater Residence dan dipandu oleh pengawal peribadi keluarga Nedim Nazri Aziz,” kata Rafizi lagi.

Menurut Rafizi, beliau membuktikan Nedim tinggal di Clearwater Residence dengan gambar-gambar Twitter dan Instagramnya yang sama dengan gambar-gambar di laman web Clearwater Residence.
Selain itu, beliau membuktikan kenderaan Hummer itu digunakan oleh keluarga Nedim apabila isteri Nedim, Bee Khan menghantar gambar pada Instagram dan Twitternya.
  • “PKR mempunyai bukti-bukti yang cukup membuktikan bahawa Nedim, anak kepada Datuk Seri Nazri Aziz telah mendapat manfaat melalui penggunaan kereta mewah Hummer WNX 9776 milik Michael Chia.
  • “Dalam keadaan Michael Chia disiasat oleh SPRM, dan Datuk Seri Nazri Aziz bertanggungjawab terhadap SPRM, kenyataan Nazri yang mempertahankan Chia bermati-matian sudah pasti menimbulkan perselisihan kepentingan.
  • “Ini sudah cukup menimbulkan keraguan bahawa ada unsur-unsur rasuah di antara Datuk Seri Nazri Aziz melindungi Michael Chia melalui kenyataan beliau kerana si tertuduh membiayai kenderaan mewah yang digunakan oleh anak beliau.
  • “PKR mengalu-alukan maklumbalas beliau yang sebelum ini gah mempertahankan Michael Chia sebelum kami mengambil tindakan yang selanjutnya.
  • “Beliau harus sedar bahawa penafian membabi-buta kononnya beliau tidak tahu m enahu mengenai urusan peribadi anaknya tidak boleh diterima rakyat,” kata Rafizi lagi. 

Dalam jawapan kepada pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli yang menuduh beliau mempunyai kepentingan, mempertahankan Chia apabila anaknya, Nedim menggunakan kereta mewah atas nama Chia, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata beliau tidak melihat sebarang kesalahan dengan anaknya yang didakwa menggunakan kereta mewah yang dimiliki Michael Chia.
Beliau menyatakan bahawa hubungan Nedim dengan peniaga balak Sabah itu tidak berkaitan dengan jawatannya selaku menteri kabinet.
Beliau memberitahu wartawan bahawa beliau tidak mengawal setiap pergerakan Nedim kerana beliau sudah dewasa, dan menambah jika anaknya menggunakan kereta Chia, itu adalah urusan peribadi anaknya dengan Chia.

BUKTI HUBUNGAN DATO’ SERI NAZRI AZIZ DAN MICHAEL CHIA, “CONFLICT OF INTEREST” DALAM PENYIASATAN TUDUHAN RASUAH RM40 JUTA


BUKTI HUBUNGAN DATO’ SERI NAZRI AZIZ DAN MICHAEL CHIA, “CONFLICT OF INTEREST” DALAM PENYIASATAN TUDUHAN RASUAH RM40 JUTA



Jawapan-jawapan di dalam Parlimen oleh Dato’ Seri Nazri Aziz yang mempertahankan habis-habisan individu-individu yang disabitkan di dalam skandal wang Umno Sabah berjumlah RM40 juta menimbulkan banyak tanda tanya.
Sebagai seorang menteri kanan yang dipertanggungjawabkan menangani kes-kes rasuah dan pengubahan wang haram (money laundering) yang sensitif seperti kes RM40 juta ini, Dato’ Seri Nazri Aziz perlulah telus, bersih dan dilihat tidak mempunyai sebarang kepentingan dengan mana-mana individu yang dipertahankan beliau.
Malangnya, KEADILAN mempunyai bukti bahawa kaum keluarga beliau mendapat manfaat terus (direct benefit) dari sumbangan Michael Chia, iaitu individu utama yang dituduh di dalam skandal RM40 juta.
Anak kepada Dato’ Seri Nazri Aziz iaitu Nedim Nazri Aziz dan keluarganya mendapat manfaat melalui sebuah kenderaan mewah jenis Hummer hitam dengan nombor pendaftaran WNX 9776.
Kenderaan mewah Hummer hitam WNX 9776 ini dianggarkan berharga lebih RM459,000  dan dimiliki oleh Michael Chia. Hakmilik ini boleh disahkan melalui carian saman di laman MyEG.
(Sila rujuk Lampiran A)
Saman bernombor 1100105197 bertarikh 1 April 2011 (Gambar A1) mengesahkan bahawa kenderaan Hummer hitam (gambarnya disertakan sekali di dalam carian saman MyEG seperti dalam Gambar A2) adalah dimiliki oleh Michael Chia atau Chia Tien Foh (670406-12-5261).
Gambar A1
Gambar A2

Melalui kerjasama dengan Sarawak Report, KEADILAN telah menjalankan siasatan kami sendiri untuk mengesahkan bahawa kenderaan mewah Hummer itu benar-benar digunakan oleh anak Dato’ Seri Nazri Aziz.
Bukti-bukti berikut (diperolehi melalui siasatan mengenai latar belakang anak Dato’ Seri Nazri Aziz dan pemantauan Hummer WNX 9776) mengesahkan bahawa kenderaan tersebut digunakan sepenuhnya oleh anak Dato’ Seri Nazri Aziz:

i) Kenderaan tersebut berada di parkir Clearwater Residence, Damansara Heights iaitu kediaman anak Dato’ Seri Nazri Aziz
Pemantauan kami menunjukkan bahawa Hummer WNX 9776 dipandu oleh pemandu peribadi keluarga Nedim Nazri Aziz. Rutin harian kenderaan tersebut banyak berkisar di antara Clearwater Residence (kediaman anak Dato’ Seri Nazri Aziz) dan Bangsar Shopping Complex (kedai anak Dato’ Seri Nazri Aziz).
Lampiran B (Gambar B1 – B6) menunjukkan gambar-gambar pemantauan di lobi Clearwater Residence yang jelas membuktikan bahawa kenderaan itu berulang-alik dari Clearwater Residence dan dipandu oleh pemandu dan pengawal peribadi keluarga Nedim Nazri Aziz.

Gambar B1
 Gambar B2
Gambar B3
 Gambar B4
Gambar B5
Gambar B6

ii) Bukti-bukti bahawa Nedim Nazri Aziz tinggal di Clearwater Residence
Lampiran C menunjukkan 4 gambar.
Gambar C1 adalah petikan skrin (screen shot) laman Twitter Nedim Nazri Aziz @nednazri mengajak rakan-rakannya bersantai di kolam renang di unit kondominium mewahnya di Clearwater Residence, berlatar belakangkan Kuala Lumpur.
Gambar C1
Gambar C2 adalah petikan skrin (screen shot) laman Twitter Alwi Kamaruddin @alwi77 yang mengesahkan bahawa Nedim Nazri Aziz tinggal di satu unit di Clearwater Residence.
Gambar C2
Gambar C3 menunjukkan gambar kolam renang di satu unit di Clearwater Residence berlatarbelakangkan Kuala Lumpur seperti yang diambil oleh petugas KEADILAN yang berjaya memasuki unit di situ. Gambar ini mengesahkan bahawa kolam renang di kediaman Nedim Nazri Aziz adalah salah satu kolam renang di Clearwater Residence.
Gambar C3
Gambar C4 menunjukkan petikan skrin (screen shot) dari laman www.clearwaterresidence.com yang mengesahkan mengenai kolam renang seperti yang dirujuk oleh Nedim Nazri Aziz.
Gambar C4
 Lampiran C mengesahkan bahawa Nedim Nazri Aziz tinggal di Clearwater Residence.

iii) Bukti-bukti yang mengesahkan keluarga Nedim Nazri Aziz menggunakan Hummer WNX 9776
Lampiran D menunjukkan 5 gambar.
Gambar D1 adalah petikan skrin (screen shot) dari laman Twitter Bee Khan @BeeKhan yang mengesahkan bahawa akaun Twitter itu adalah milik isteri kepada Nedim Nazri Aziz (rujuk twit yang merujuk kepada @nednazri sebagai “daddy”).
Gambar D1

Gambar D2 adalah petikan skrin (screen shot) dari akaun Twitter @BeeKhan yang menunjukkan gambar bayi mereka di dalam sebuah Toyota Vellfire, iaitu satu lagi kenderaan yang digunakan keluarga mereka.
Gambar D2
Gambar-gambar D3 hingga D6 adalah petikan dari pemantauan yang menunjukkan dua individu yang mengendalikan Hummer WNX 9776 (seperti yang dibuktikan dalam Lampiran B) adalah individu-individu sama yang memandu Toyota Vellfire yang berulang alik ke Clearwater Residence.

Gambar D3
Gambar D4
Gambar D5
Gambar D6
Ini membuktikan bahawa dua individu tersebut adalah pemandu dan pengawal peribadi keluarga Nedim Nazri Aziz yang turut memandu Hummer WNX 9776 yang dimiliki Michael Chia.

KEADILAN mempunyai bukti-bukti lain yang cukup untuk membuktikan bahawa Nedim Nazri Aziz, anak kepada Dato’ Seri Nazri Aziz mendapat manfaat kewangan melalui penggunaan kereta mewah Hummer WNX 9776 yang dimiliki Michael Chia.
Dalam keadaan Michael Chia disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Dato’ Seri Nazri Aziz bertanggungjawab terhadap SPRM, kenyataan-kenyataan Dato’ Seri Nazri Aziz yang bermati-matian mempertahankan Michael Chia sudah pasti menimbulkan perselisihan kepentingan (conflict of interest). Ini sudah cukup untuk menimbulkan keraguan bahawa ada unsur-unsur rasuah di antara Dato’ Seri Nazri Aziz yang melindungi Michael Chia melalui kenyataan-kenyataan beliau kerana si tertuduh membiayai kenderaan mewah yang digunakan oleh anak beliau (Dato’ Seri Nazri Aziz).
KEADILAN mengalu-alukan maklumbalas Dato’ Seri Nazri Aziz yang sebelum ini begitu gah mempertahankan Michael Chia, sebelum kami mengambil tindakan yang selanjutnya. Beliau juga harus sedar bahawa penafian membabi buta kononnya beliau tidak tahu menahu mengenai urusan peribadi anaknya tidak boleh diterima rakyat.

Khamis, 5 Julai 2018

AZMIN DAN SHAMSIDAR KUMPUL KEKAYAAN LUAR BIASA

AZMIN DAN SHAMSIDAR KUMPUL KEKAYAAN LUAR BIASA

Bagaimana Azmin-Shamsida kumpul kekayaan luar biasa ?





Azmin Ali pernah disiasat BPR (sekarang SPRM) pada tahun 1995 kerana terdapat laporan terdapat kekayaan luar biasa yang dimiliki Azmin yang tidak setimpal dengan pendapatannya. Siapa yang melaporkan kepada BPR ketika itu dan kenapakah Azmin dilaporkan kepada BPR adalah dua persoalan yang menggambarkan memang dari dulu (sejak Azmin menjadi Setiausaha sulit kanan-SUSK- Anwar di Kementerian Kewangan)sumber kekayaannya amat diragui.

Memang benar Azmin disiasat BPR pada tahun 1995, tetapi bukan berkaitan dengan saham. Siasatan ketika itu berkaitan dengan bukti fizikal yang nampak di depan mata iaitu 'Kereta Mewah' dan 'Rumah Mewah'. Tiada siasatan berkaitan dengan pemilikan saham-saham yang bernilai jutaan ringgit, kerana bukti itu tidak nampak secara umum. Azmin dan Shamshida sembunyikan semua resit-resit pembelian saham-sahamnya, tetapi sekarang sudah terbongkar, bermakna SPRM mempunyai bukti baru yang telah disembunyikan sebelum ini.

Perlu ditegaskan siasatan BPR pada tahun 1995 hanya berkisar berkenaan rumah dan kereta dan siasatan SPRM pada tahun 2009 berkisar berkenaan dengan saham. Bermakna siasatan yang berkisar dua aspek yang berbeza. Tetapi SPRM boleh menyambung semula, siasatan lama (1995) yang tertunggak sebelum ini berdasarkan dengan penemuan bukti-bukti baru (pemilikan saham). Kerana dengan adanya bukti-bukti pemilikan saham menggambarkan Azmin dan Shamshida mampu memberi kereta mewah dan rumah mewah.

Azmin kata, buktikan beliau mendapat saham-saham terbitan khas yang dikeluarkan dari Kementerian Kewangan ? Azmin sengaja memanipulasikan kenyataan, tuduhan terbaru ke atasnya bukan saham terbitan khas dari Kementerian Kewangan, tetapi saham-saham yang dibelinya sendiri oleh Azmin dan Shamsida serta menggunakan proksi-proksi adik beradik Shamshida (Jamil, Jamal dan Johan) melalui pembelian saham terbuka di pasaran saham dan saham-saham di syarikat-syarikat tertentu.

Bukti-bukti pembelian saham telah dikemukakan kepada SPRM dan sudah bertebaran di internet dan mungkin Azmin-Shamshida sudah melihatnya di internet, sebab itu dia berani mencabar saham-saham yang lain yang tidak wujud khususnya dari Kementerian Kewangan. Ini bukan soal saham kelulusan dari Kementerian Kewangan, tetapi persoalannya dari mana Azmin dan Shamshida memperolehi kewangan membeli saham-saham bernilai jutaan ringgit yang tidak setimpal dengan statusnya pegawai kerajaan, SUSK di Kementerian Kewangan


Perlu diingat Azmin dan Shamshida memiliki saham bernilai lebih RM10.5 juta pada sekitar tahun 1992-1995, adalah dianggap seorang yang jutawan pada tahun tersebut. Sesiapa yang memiliki wang RM1 juta pada tahun 1990-an sudah dianggap jutawan, apatah lagi memiliki wang sebanyak RM10.5 untuk membeli saham.

Itu baru pembelian saham yang dapat dibuktikan, bagaimana pula dengan pembelian saham yang masih belum dapat dibongkar ? Bagaimana pula dengan simpanan tetap Azmin-Shamshida di Bank Singapura dan Switzleand ?

Apa berlaku dalam siasatan BPR 1995 ?

Memang Azmin disiasat pada tahun itu, tetapi dengan campur tangan Anwar Ibrahim selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, beliau mengarahkan siasatan ke atas Azmin Ali dihentikan.

Anwar yang kononnya mahu memperkasakan BPR telah menggunakan kuasanya melantik kroninya, Datuk Shafie Yahya sebagai Ketua Pengarah BPR dengan tujuan semua kuasa penyiasatan BPR di bawah telunjuk Anwar.

Seperti kata bekas Setiausaha Politik Anwar, Ezam Mohd Nor dalam ceramahnya di Petaling Jaya, kononnya Anwar mahu membanteras rasuah tetapi dalam masa yang sama melantik kroninya menjadi Ketua Pengarah BPR. Bukankah itu juga malan rasuah dan kronisme ? Kenapa Anwar tidak mencadangkan badan BPR yang tiada pengaruh Anwar seperti SPRM yang diluluskan di parlimen hari ini ?

Apabila Azmin diadu melakukan rasuah, Anwar serta merta mengarahkan Datuk Shafie Yahya menghentikan siasatan dengan alasan sekiranya siasatan diteruskan akan menjejaskan reputasinya sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri kerana Azmin Ali adalah salah seorang pegawai kanan yang amat dipercayai di pejabatnya. Maka siasatan pun dihentikan dengan tiada apa-apa dokumen penting dimasukkan ke dalam fail siasatan.


Siasatan 95, campur tangan Anwar, bagaimana pula siasatan 98 ?


Kata Azmin, baiklah jika siasatan pada tahun 1995 dihentikan kerana campur tangan Anwar yang berkuasa sebagai TPM ketika itu, kenapa siasatan pada tahun 1998, ketika Anwar sudah kehilangan kuasa, Azmin juga dilepaskan.

Siasatan 1998, bukanlah siasatan BPR tetapi siasatan polis. Dua entiti yang berbeza dengan tujuan yang berbeza. Pada tahun 1998, Azmin tidak disiasat oleh BPR tetapi disiasat oleh polis kerana mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pemecatan Anwar Ibrahim sebagai TPM dan Menteri Kewangan. Orang pertama yang perlu disiasat polis ekoran pemecatan Anwar adalah pegawai yang paling kanan iaitu Azmin Ali.

Azmin sendiri mengakui dia direman 8 hari dalam siasatan itu. Tetapi siasatan polis ketika itu bukan menjurus kepada pemerolehan harta Azmin, sebaliknya siasatan lanjut berkenaan dengan gerak kerja Azmin sepanjang menjadi pegawai kanan Anwar Ibrahim, suspek utama yang akan didakwa ketika itu.

Siasatan polis menjurus kepada penyelewengan Anwar yang bakal didakwa di mahkamah pada tahun 1998, bukannya siasatan ke atas penyelewengan Azmin. Tiada penglibatan BPR menyiasat Azmin pada tahun 1998.

Siasatan polis ke atas Azmin pada tahun 1998 bertujuan untuk dijadikan bukti di mahkamah semasa pendakwaan ke atas Anwar, berkaitan dengan penyelewengan dan salh laku yang dilakukan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri dalam menghalang siasatan lanjut berkenaan skandal Anwar dan Shamshida yang juga merupakan isteri kepada Azmin Ali.

Sebab itu polis menahan reman Azmin selama 8 hari, kerana orang yang bakal didakwa di mahkamah membabitkan isterinya sendiri, Shamshida Taharin.

Tetapi terdapat perkara pelik yang dilakukan oleh Azmin semasa 8 hari siasatan itu. Dalam tahanan reman itu, dia banyak membuat pengakuan ekslusif (yang masih disimpan dalam rekod polis Bukit Aman), tetapi apabila tampil di mahkamah, Azmin menukar pengakuannya dan menjadi pembela Anwar pula.

Ekoran daripada itu, Azmin telah membuat kenyataan yang bercanggah di mahkamah dengan kenyataan lisannya semasa dalam tahanan polis. Maka, Azmin telah dibicarakan kerana membuat pengakuan palsu pada tahun 1999. Perbicaraan Azmin memberi keterangan palsu, Hakim Mahkamah Sesyen Akhtar Tahir mendapati Mohamed Azmin bersalah dan mengenakan hukuman penjara 18 bulan.

Azmin terlepas daripada penjara 18 bulan, apabila hakim Mahkamah Rayuan menerima permohonan rayuan Azmin dan dibebaskan sepenuhnya pada tahun 2009.

Ada kes yang masih belum terbongkar

Kes penyelewengan di Phileo Allied Bank seperti yang terkandung dalam akuan bersumpah, Datuk Khalid Murad masih belum dibongkarkan sepenuhnya. Bank itu sudah gulung tikar sekarang ini ekoran salah guna melampau Anwar Ibrahim menggunakan proksi menubuhkan bank untuk kepentingan agenda politik serta meletakkan kekasihnya, Shamsida Taharin di situ.

Shamsida goyang kaki tanpa perlu hadir ke pejabat, tetapi dalam masa sama diberikan pelbagai kemudahan termasuk kereta audi dan pemandu serta kemudahan lain termasuk elaun-elaun tambahan yang mencecah hampir rm30 ribu sebulan. Maka tidak hairan jika Phileo Allied Bank bangrap selepas Anwar dipecat daripada Menteri Kewangan.

Selain melantik proksi Anwar bernama Tong Kooi Ong menjadi CEO Phileo Allied Bank, Anwar juga mendapat 30 persen daripada bank itu melalui proksinya bernama Hassan Moktar dan Ahmad Latif yang dilantik sebagai pemegang syer dalam syarikat Utus laksana yang menjadi pemegang syer terbesar Phileo Allied Bank.

Walaupun Anwar telah mengarahkan semua dokumen-dokumen di Phileo Allied Bank dilupuskan sebaik sahaja dia dipecat pada tahun 1998, namun bukti-bukti hidup masih ada sampai sekarang. Pekerja-pekerja di bank itu yang merana kerana bank telah gulur tikar dalam sekelip mata boleh menjadi saksi bagaimana penyelewengan Anwar bermaharajalela atas nama Menteri Kewangan.

Ramai pekerja-pekerja Phileo Allied Bank yang boleh menjadi saksi. Salah seorangnya adalah Ng Seng Hing yang menjadi akautan/financial controller Phileo.

Paling menarik di bangunan Phileo Allied Bank itu terdapat sebuah bilik VVIP khas, tempat rehat Anwar Ibrahim dan Shamsida Taharin dalam kekerapan sekurang-kurangnya dua minggu sekali.

Bilik rehat VVIP itu hanya untuk Menteri kewangan dan Executive Corporate Affairs, Phileo (Shamshida) sahaja. Tentu Wan Azizah juga ingin tahu jika kes Phileo Allied Bank ini dibongkar semula.