Cari Blog Ini

Sabtu, 7 Julai 2018

Apa jadi? Pencuri Harta Anak Yatim Datuk Bahri dilantik semula Pengarah Operasi Khas SPRM

Apa jadi? Pencuri Harta Anak Yatim Datuk Bahri dilantik semula Pengarah Operasi Khas SPRM


bahri rampas harta anak yatim1
Selepas pelantikan semula Dato’ Sri Shukri Abdull sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM Mei lalu bermula kini operasi balas dendam SPRM kepada Najib dan pegawai-pegawai yang terlibat memecatnya.
Kemunculan pertamanya dalam media sambil menangis kononnya hampir mati dibunuh di luar negara mengundang reaksi terhadap kewibawaan SPRM yang sepatutnya menyiasat kes dan mendakwa segera ke mahkamah jika ada kes.
shukr abdul
Tahap KP SPRM sekarang. Menangis. Cerita nak mati. Lama-lama di luar negara ditaja kontraktor cina dan hamya mampu bawa Datuk Bahri pencuri harta anak yatim kembali ke jawatan Pengarah Operasi Khas, Dato’ Hishammudin diturun pangkat menjadi Timbalan. Lantik pencuri maka hasil siasatan juga penuh dendam
Paling malang apabila Tan Sri Abu Kassim bekas KP SPRM yang didakwa mempunyai wang RM7 juta dalam akaun dilantik pula sebagai Ketua pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC). SPRM kini benar-benar sudah menjadi alat kerajaan sebenar.
datin noor haslina.jpg
Lepas ni isteri boleh tolong sampaikan hasil siasatan suami kat FB. Ramai menanti.
Paling teruk Datuk Bahri bin Mohamad Zin bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM dilantik semula ke jawatan itu semula. Apa jadi dengan siasatan polis kes Datuk Bahri bin Mohamad Zin menyalahgunakan kuasa dan merampas harta pusaka milik anak yatim. Kes ini menjadi tergempar pada Januari 2017.
Betapa teruknya Dato’ Shukri Abdull ini sehingga perompak harta anak yatim pun dilantik semula. PDRM juga mengesahkan laporan salah guna kuasa oleh Datuk Bahri ini.
bahri rampas anak yatim2.jpg
Laporan siasatan Bahri ni agaknya dah dijadikan sampah oleh pejabat Peguam Negara. Perampas harta anak yatim boleh jadi Pengarah lagi
Pada 20 Januari 2017 Rakyat Malaysia tentu masih ingat Pengarah Kolej Islam Sains dan Teknologi, Puan Noraihan binti Che Ali mendesak pihak Polis Di Raja Malaysia(PDRM)dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) menyiasat dua laporan polis yang telah dibuat beliau pada awal tahun 2016 mengenai dakwaan salahguna kuasa oleh Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri bin Mohamad Zin.
Dalam satu sidang akhbar, Noraihan menceritakan bagaimana sepasukan anggota dari Unit Operasi Khas SPRM Putrajaya telah menggeledah rumahnya serta menyita dokumen-dokumen berkenaan dengan Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) yang dijalankan bersama Allahyarham suaminya Muhamad Zamly bin Abdullah berikutan keengganan beliau dan anak menandatangani satu Surat Penolakan Harta walaupun didesak oleh keluarga Allahyarham.
Beliau dalam laporannya berkata beliau didesak oleh Datuk Bahri serta isterinya Datin Noor Haslina binti Abdullah Noor.
Kedua-dua laporan polis beliau itu pernah disiarkan oleh portal “Malaysia Today’ milik Raja Petra Kamaruddin dalam satu artikel bertajuk “Did Bahri Resign Because of His Abuse of Power pada 4hb Januari 2017.
Kisah isteri kedua Bahri Datin Noor Haslina mendedahkan siasatan suaminya dalam Facebook bukan baru. Tahap menjengkelkan bagi keluarga anggota penyiasat. Tidak kurang anak-anaknya.
macc-ag-bahri-wife
Bahri bercakap soal integriti dan rasuah tetapi dia sendiri akur dan menggunakan kuasanya dalam SPRM untuk menekan Noraihan Che Ali isteri arwah Muhd Zamly Abdulllah pemilik Kolej KIST.
lapor bahri5.jpg
Noor Haslina adik  Zamly nekad merampas harta milik abangnya.
Jenis Pengarah SPRM begini pilihan Dato’ Shukri Abdull? Kita akan dedah siapa Shukri Abdull selepas ini. Jerung jerung…jerung depan matanya Shukri tak nampak.

laporanbah1.jpg
laporanbah2
lapor bahri4
laporanbah3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan