AIDCNews – 07/05/12 – Mahkamah Persekutuan yang bersidang pada tahun 2004 mewartakan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku aktiviti homoseksual.
Perkara itu diwartakan dalam keputusan rayuan Anwar dan adik angkatnya, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja di Mahkamah Persekutuan pada 2 September 2004.
Keputusan Mahkamah Persekutuan itu didengar oleh oleh tiga panel hakim iaitu Hakim Datuk Abdul Hamid Mohamad, Hakim Datuk Tengku Baharudin Shah Tengku Mahmud dan Hakim Datin Paduka Rahmah Hussain.
Anwar dan adik angkatnya merayu untuk kes melakukan hubungan seks luar tabii (meliwat) terhadap Azizan Abu Bakar di Unit No. 10-7-2, di Tivoli Villa (apartment Sukma Darmawan), Jalan Medang Tanduk, Bangsar, Kuala Lumpur pada satu malam, pukul 7.45, antara Januari hingga Mac 1993.
Rayuan dibuat kerana hakim Datuk Arifin Jaka, Hakim Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos 2000, memutuskan Anwar dan Sukma bersalah meliwat Azizan, begitu juga rayuan Anwar dan Sukma di Mahkamah Rayuan juga mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.
Dalam rumusan keputusan Mahkamah Persekutuan 2 September 2004 menyebut “…we find evidence to confirm that the appellants [Dato' Seri Anwar bin Ibrahim and Sukma Darmawan Sasmitaat Madja] were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen.”
Maksudnya, “kami menemui bukti untuk mengesahkan perayu-perayu (Anwar Ibrahim dan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja) telah terlibat dalam aktiviti-aktiviti homoseksual dan kami lebih cenderung untuk mempercayai bahawa dakwaan kejadian di Tivoli Villa itu adalah benar-benar berlaku.
Namun Mahkamah Persekutuan membebaskan Anwar dan Sukma dengan keputusan majoriti 2-1 kerana terdapat keraguan dari segi tarikh sebenar kejadian tersebut dan wujudnya eleman ‘suka sama suka’ di mana saksi utama, Azizan Abu Bakar didapati melakukan aktiviti homoseksual secara sukarela dengan Anwar dan Sukma pada tarikh dan tempat yang didakwa di mahkamah.
Baca keputusan penuh penghakiman Mahkamah Persekutuan di bawah :

Tiada ulasan:
Catat Ulasan