Cari Blog Ini

Jumaat, 6 Julai 2018

Bahagian 2 - Projek Rasuah terbesar Dato Seri Zahid Hamidi di Imigresen

Bahagian 2 - Projek Rasuah terbesar 

Dato Seri Zahid Hamidi di Imigresen


Setelah jurublog dedahkan Projek
Rasuah Dato Seri Zahid Hsamidi 
bahagian 1, kini jurublog akan 
menceritakan seterusnya apa 
yang telah dibuat oleh konco-konco 
Dato Seri Zahid Hamidi untuk 
menipu rakyat dan untuk kayakan 
majikan mereka.

Jurublog ingin perkenalkan seorang
yangsangat penting dalam hidup 
Dato Seri Zahid
Hamidi.

Nama watak penting ini adalah Shekh Ruzi.
Bila disebut nama ini, sesiapa yang mengenali
Dato Seri Zahid Hamidi akan tahu siapa dia dan apa peranan dia dalam
 kehidupan harianDS Zahid.

Shekh Ruzi adalah ‘gatekeeper’ Dato Seri Zahid Hamidi. Sesiapa sahaja
yang ingin berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri, mereka harus 
mendapatkan restu atau ‘appointment’melalui Shekh Ruzi. 
Tanpa kebenaran beliau tiada siapa dapat berjumpa dengan DS Zahid.
Kecuali menantu Zahid seperti yang telah jurublog ceritakan di bahagian
1 tempohari.

Baru-baru ini Shekh Ruzi telah membawa Dato Seri Zahid Hamidi dan
Datin Seri Hamidahke Korea melalui jet peribadi. Ruzi telah membawa 
kedua suami isteri ini dari Sabah dan terbang terus ke Korea. Shekh Ruzi 
menjaga apa sahaja yang dikehendakioleh Dato Seri Zahid. Isteri Ruzi, 
Datin Cindy pula ditugaskan untuk menjaga Datin Seri Hamidah
yang tidak fasih berbahasa Inggeris.

Shekh Ruzi dan isteri Datin Cindy, cina masuk Islam memang pakar dalam
menjaga kepentingan Timbalan Perdana Menteri dan isteri. Apa saja 
dikehendaki mereka akan ditunaikan. Dari shopping hingga ke makan 
ditempat mewah dan membuat ‘facial’semuanya akan ditanggung sepenuhnya 
oleh Shek Ruzi. Jurublog juga ingin berkongsi dengan rakyat Malaysia. 
Dato Seri Zahid baru saja membuat rawatan muka di Korea.
Jurublog sertakan gambar terbaru Timbalan Perdana Menteri ini untuk
tatapan rakyat Malaysia dan lihatkan sendiri perbezaan sebelum dan 
selepas rawatan muka ‘botox’ untuk menegangkan kulit muka yang kendur. 
(Rujuk gambar diatas)

Jurublog merasa kesal dengan tindakan yang dibuat oleh seorang yang
 berimejkan Islam seperti Dato Seri Zahid Hamidi. Ramai rakyat Malaysia 
terutama ahli UMNO yang tertipu dengan kewarakan beliau. 
Cara Dato Seri Zahid Hamidi saling tidak tumpah seperti mentor beliau 
Dato Seri Anwar Ibrahim. Mereka mempergunakan agama untuk menipu
rakyat dan dibelakang mereka membuat onar yang tidak disedari oleh
rakyat dan ahli UMNO.

Projek SKIN yang bernilai hampir 6 beliyun itu sudah hampir pasti
dilaksanakan. Dana dari projek rasuah ini akan pastikan Dato Seri Zahid 
Hamidi menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh. Walau Dato Seri 
Najib Razak sudah dibebaskan oleh Peguam Negara sebagai tidak bersalah, 
Dato Seri Zahid Hamidi banyak menyimpan dokumen-dokumen serta salah
laku yang dilakukan oleh Perdana Menteri. Apabila tiba masanya DS Zahid
akan menggunakan segala dokumen ditangan beliau untuk menjatuhkan 
Dato Seri Najib Razak.

Jurublog ingin menyambung semula tentang Shekh Ruzi. Masihkah
rakyat Malaysia ingat kes surat dari Dato Seri Zahdi hamidi untuk 
melepaskan penjenayah besar warga Malaysia yang telah ditangkap 
di Amerika Syarikat yang bernama Paul Phua Wei Seng? Paul Phua
adalah seorang ahli kongsi gelap yang dan kini hadapi dakwaan
pertaruhan sukan haram di Las Vegas, Nevada. Zahid bersihkan nama 
Paul Phua dengan mengatakan beliau telah membantu DS Zahid dalam 
projek-projek keselamatan. Dato Seri Zahid hampir musnah karier politik 
beliau disebakan surat itu.

Siapakah orang yang bertanggungjawab untuk membuat DS Zahid Hamidi
menulis surat itu?
Shekh Ruzi yang telah memaksa Dato Seri Zahid menulis surat itu kerana
Ruzi telah mengambil duit pendahuluan dari Paul Phua. Ruzi telah membuat
 satu perjanjian dengan Paul Phua untuk melepaskan dan membebaskan 
penjenayah antarabangsa ini. Shekh Ruzi telahmengambil duit dari Paul Phua 
sebanyak RM52 juta. Tetapi hingga kini Paul Phua tidak lepas bebas kerana
 surat yang ditulis oleh DS Zahid kepada FBI melalui Tetuan Shafie Abdullah 
terbocor kepada umum. Rosak segala perancangan Shekh Ruzi.
Paul Phua sudah membayar duit tersebut kepada Ruzi tetapi dia masih
dalam penjaradan sekiranya Paul Phua bebas kelak Shekh Ruzi bakal 
menerima padahnya kerana dia sudah mengambil duit tetapi tidak 
memenuhi janjinya.

Untuk bahagian ini jurublog akan henti disini dandalam bahagian akan
datang jurublog akan mendedahkan lebih banyak lagi kegiatan haram 
Shekh Ruzi, orang yang paling dipercayai oleh Dato Seri Zahid Hamidi. 
Kenalan rapat DS Zahid ada mengadu,kata mereka apa saja disuruholeh 
Shekh Ruzi akan diikuti oleh Dato Seri Zahid Hamidi.
 Menteri Dalam Negeri ini sanggup mengambil langkah yang tidak masuk
akal seperti dalam kes Paul Phua. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan