AIDCNews – 17/04/12 – Bak kata Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah, peguam Datuk S Nallakarupan, “Datuk Nalla ini akan bercerita dari ‘horse’s mouth‘ (satu sumber maklumat yang dianggap sebagai asal atau yang tidak dapat disangsi)…beliau ada di mana-mana tempat (bersama-sama Anwar), bukan satu, dua tempat.”
Kata Shafee lagi, “Beliau (Nalla) akan timbulkan pembelaan justifikasi ataupun pembelaan kebenaran bahawa apa yang beliau cakap itu adalah benar”.
Kunci
Kesimpulan dari kata-kata peguam Nalla itu bermaksud, anak guamnya adalah kunci terhadap kes ini iaitu tuduhan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seorang biseksual yang sudah menjadi kes mahkamah sejak tahun 1998.
Biseksual bermaksud satu orientasi seks songsang di antara lelaki dengan perempuan-perempuan dan dalam masa sama juga melakukan hubungan seks di antara lelaki dengan lelaki-lelaki lain.
Justifikasi Anwar didakwa seorang biseksual, beliau pernah dituduh melakukan hubungan seks dengan Shamshida Taharin, isteri pembantu setianya, Azmin Ali dan dalam masa sama dituduh melakukan aktiviti-aktiviti homoseksual dengan Sukma Darmawan Sasmitaatmadja (adik angkat), Azizan Abu Bakar (pemandu peribadi) dan Ismail Harun (sekadar menyebut beberapa nama).
Rakaman pengakuan Ismail Harun di atas membuktikan Nalla juga terlibat sebagai perantara, dia dengan Anwar.
Ismail dalam rakaman itu mengaku tidak mempunyai sumber pendapatan tetap dan hanya bergantung kepada sumber kewangan yang diberikan oleh adik angkat Anwar, Sukma Darmawan.
Menurut sumber, Nalla bertanggungjawab memberi pekerjaan tetap kepada Ismail dengan bekerja di Magnum Corporation dimana ketika itu Nalla merupakan pengarah eksekutif syarikat judi tersebut.
Tuduhan biseksual itulah yang merupakan faktor pemecatan Anwar daripada keahlian UMNO pada 2 September 1998 yang sekaligus melucutkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia.
Bacaan lanjut, sila klik di sini, sini dan sini.
Afidavit
Pada 3 September 1998, Musa Hassan Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah telah mendedahkan afidavit aktiviti biseksual Anwar antaranya;
“Seorang saksi telah memberi kenyataan bahawa dia mengesyaki kakak iparnya menjalinkan hubungan seks dengan Anwar dan perbuatan tersebut dilakukan di apartmen Tivoli Villa, Bangsar,” kes ini kemudiannya dirujuk sebagai hubungan sulit Anwar dan Shamshida.
“Seorang saksi lelaki telah menyatakan bahawa dia telah diliwat oleh Anwar sebanyak 15 kali. Kegiatan homoseksual ini telah dilakukan di beberapa tempat termasuk di sebuah apartmen, Tivoli Villa, Bangsar,” kes ini kemudiannya dirujuk sebagai aktiviti homoseksual Anwar dan Azizan Abu Bakar.
Musa turut membacakan afidavit Nalla di Mahkamah Tinggi pada Jun 1999 yang berbunyi, “pada tahun 1997 kira-kira pukul 6 hingga 6.30 petang, dia (Nalla) diminta oleh Anwar untuk mengambil seorang wanita di kompleks membeli belah Bangsar menaiki kereta BMW nombor pendaftaran WCH 5959. Mereka ditinggalkan di Coffee House Tivoli Villa selama 45 minit. Coffee House itu terletak dalam satu bangunan dengan apartmen di Tivoli Villa di mana Anwar mempunyai kunci apartmen tersebut yang diberi oleh seorang yang bernama T.K Lim dan Nallakaruppan secara peribadi. Biasanya selepas menggunakan apartmen itu, dia (Anwar) akan menyerahkan kunci kepada saya (Nalla) dan kepada T.K. Lim”
Ketika Anwar dipecat dan dibicarakan di mahkamah pada tahun 1998 sehingga April 2007, Nalla masih lagi berpihak kepada Anwar dengan alasan untuk ‘melindungi sahabat’.
Unfinished business
Namun yang pasti apabila Anwar bertindak menyaman Nalla dalam kes terbaru ini, menyebabkan rasa ingin tahu masyarakat terhadap kes tersebut mula meningkat.
“Isu ini bukan isu peribadi di antara seorang dengan seorang yang lain, tetapi ini adalah satu isu di mana masyarakat ada hak nak tahu…Sebab ia melibatkan pemimpin, bakal pemimpin (Perdana Menteri), rakyat mesti tahu, apa kebenaran yang sebenarnya.” kata peguam Nalla, Shafee Abdullah.
Peguam Nalla berpendapat, kes mahkamah 1998 itu seolah-olah seperti unfinished business, maka dengan kes saman terbaru ini akan menyelesaikan persoalan kebenaran yang tertangguh sejak dari tahun 1998.
“Dengan itu injunksi akan runtuh dengan sendiri. Mana-mana mahkamah pun tidak akan terima injunksi jika ada pembelaan yang sedemikian (pembelaan kebenaran)”, katanya yang merujuk kepada pemohonan Anwar untuk mendapatkan perintah mahkamah supaya kes ini diberi injuksi, yakni kebenaran mahkamah untuk menghalang Nalla atau mana pihak memperkatakan tentang isu biseksual.
Lebih menarik lagi dalam sidang media Nalla, turut dihadiri Ummi Hafilda Ali, Anuar Shaari, N. Gobalakrishnan, YB Datuk Zahrain Mohamed Hashim, YB Datuk Zulkifli Noordin, Ng Lum Yong, Ruslan Kassim dan Zahid Md. Arip.
Sebahagian sejarah
Kecuali Ummi Hafilda, semua penama di atas adalah individu-individu yang terlibat secara langsung menyokong Anwar dalam kes mahkamah 1998.
Bermakna mereka amat arif apa yang berlaku pada tahun 1998 kerana mereka adalah sebahagian daripada sejarah tersebut.
Kerana tidak percayakan tuduhan ke atas Anwar pada tahun 1998, mereka bertungkus-lumus mempertahankan Anwar dan menggerakkan parti khusus yang membela Anwar yang dinamakan Parti Keadilan Nasional (kemudiannya ditukar nama kepada Parti Keadilan Rakyat).
Anuar Shaari letak jawatan sebagai penjawat awam, terjun dalam politik sebagai Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan jawatan terakhir sebelum keluar PKR pada 2007 adalah Ketua Cabang Permatang Pauh.
Zulkifli Noordin terlibat secara langsung sebagai salah seorang peguambela Anwar dalam kes mahkamah 1998, bertanding atas tiket PKR pada pilihan raya umum ke-12 dan dipecat dari PKR pada Mac 2010.
Zahrain Mohamed Hashim, sahabat lama Anwar lebih 30 tahun, individu yang dipertanggungjawabkan menghidupkan PKR di Pulau Pinang sejak tahun 1998 dan keluar dari PKR pada Februari 2010.
N. Gobalakrishnan, ikon demonstrasi membela Anwar sejak tahun 1998, bertanding atas tiket PKR dalam pilihan raya umum ke-12 dan keluar dari PKR pada Januari 2011.
Ng Lum Yong, Ruslan Kassim dan Zahid Md. Arip adalah aktivis-aktivis awal yang menubuh dan memperkasakan parti Keadilan sejak dari tahun 1998.
Bermakna dengan kehadiran penama-penama di atas dalam sidang media Nalla, 28 Mac, mereka juga ingin tahu kebenaran kes mahkamah 1998.
Rahsia Anwar-Azizah
Berbeza dengan Ummi Hafilda, nama-nama di atas termasuk Nalla menganggap adik bongsu kepada Azmin Ali itu sebagai musuh politiknya kerana wanita itulah yang mula-mula mendedahkan aktiviti biseksual Anwar pada 30 Jun 1997.
Sekarang mereka telah bersatu, terutamanya yang paling ditakuti Azmin, gabungan di antara Nalla dengan Ummi Hafilda.
Bacaan lanjut sila klik di sini
Seorang lagi sumber maklumat sokongan kepada Nalla adalah Senator Ezam Mohd Nor, individu yang merupakan bekas Setiausaha Politik Anwar dan orang paling kepercayaan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir dalam sidang media Nalla pada 24 Mac.
“Apa yang Datuk Nalla sebut ini bukan perkara baru..” kata Ezam yang sebelum ini banyak menyimpan rahsia-rahsia peribadi Anwar dan Wan Azizah.
Kes pertikaian mulut Anwar dan Azizah di Munich pada tahun 2004 yang berpunca dari Shamshida pun Ezam masih simpan.
Malah Ezam keluar PKR pada tahun 2007 juga berpunca dari reaksi spontan Wan Azizah yang memberi petunjuk tentang kebenaran tuduhan Anwar adalah seorang biseksual.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan