Sumber SPRM dedah Abu Kassim Bakal KSN miliki RM7 juta dalam akaun?
KUALA LUMPUR – Kecoh mengenai pelantikan Ketua pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed sebagai KSN maka beliau menafikan khabar angin itu bagi menggantikan Tan Sri Dr Ali Hamsa sebagai sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN)
Beliau berkata, fokusnya kini lebih terarah membangunkan GIACC dan tidak berminat untuk menjawat jawatan lain.
“Saya sendiri memaklumkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa saya mahu fokus kepada usaha membangunkan GIACC yang amat diperlukan oleh negara dan tidak mahu sebarang jawatan lain termasuk Ketua Setiausaha Negara.“Bagi saya kedudukan sebagai ketua Pengarah GIACC sangat penting dalam menjayakan agenda memerangi rasuah dan melahirkan persekitaran tadbir urus baik dan integriti,” katanya
Sebagai Ketua Pengarah buat masa ini, Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN); Institut Integriti Malaysia (IIM); Biro Pengaduan Awam (BPA) dan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) berada di bawah GIACC. SPRM dijangka akan berada di bawahnya.
MalaysiaChoice sebelum ini mendedahkan betapa Tan Sri Abu Kassim Mohamed Ketua pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) jika dilantik sebagai KSN adalah seorang yang tidak berintegriti.
Sumber dalaman pegawai SPRM mengenai Abu Kassim mendedahkan hasil semakan mereka Abu Kassim memiliki wang RM 7 juta dalam akaunnya dan isteri. Sumbernya berkemungkinan besar daripada Shafie Apdal sebelum ini atau taukeh-taukeh cina yang terbabit dengan kes rasuah. Pegawai SPRM amat tahu Abu Kassim tidak berintegriti.
Pegawai SPRM yang tidak mahu namanya didedahkan berkata amat menghairankan mengapa Dr Mahathir memilih Abu Kassim dan bersetuju dengan nasihatnya agar Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional ditubuhkan bagi menguasai badan lain termasuk SPRM. Apa tujuannya? Pastinya beliau mahu menutup kelemahannya.
Jika Kerajaan Pakatan Harapan mahu para Menteri dan Timbalannya mengisytiharkan harta adalah lebih baik Tan Abu Kassim Mohamed Ketua pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional bersama isterinya mengisytiharkan hartanya terlebih dahulu bagi membuktikan dakwaan beliau tidak memiliki RM7 juta dalam akaunnya dan isteri.
Abu Kassim yang bertemu Dr Mahathir sebelum ini juga telah mencadangkan semula nama Dato’ Sri Shukri Abdul sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM walaupun beliaulah sepatutnya menjadi Ketua Pesuruhjaya. Mengapa? Sumber itu mendedahkan kerana Shukri Abdull mempunyai kelemahan yang Abu Kassim mampu mengawalnya. Mereka sama-sama memegang rahsia untuk saling menutup antara satu sama lain.
Dato’ Sri Shukri Abdul KP SPRM juga tidak mempunyai integriti memandangkan beliau dijaga oleh taukeh-taukeh cina yang sering membawa beliau minum malam di Kajang Selangor.
Netizen mencabar Shukri Abdull yang sebelum ini menangis-nangis depan media akan tampil depan media mendedahkan siasatan akaun Abu Kassim sebelum akaun Abu Kassim itu didedahkan kepada umum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan