Abu Kassim ‘Kaki Kawtim’ Kes Rasuah bakal KSN ganti Ali Hamsa
Bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed dikatakan bakal menggantikan Tan Sri Ali Hamsa sebagai ketua setiausaha negara (KSN) dalam tempoh terdekat ini.
Abu Kassim pada 1 Jun lalu dilantik menjadi ketua pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) yang berperanan merumuskan dasar pembaharuan antirasuah dalam perkhidmatan awam.
Menurut laporan Sinar Harian, sekiranya cadangan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhamad V atas nasihat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, GIACC yang diketuai Abu Kassim berkemungkinan akan diletakkan secara terus di bawah KSN.
Laporan itu turut dikongsi Facebook rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam.
Apa jadi dengan negara apabila bekas KP SPRM yang tidak berintegriti dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara? Bagaimana Abu Kassim yang pernah terlibat dengan menutup beberapa kes rasuah dilantik?
Lihat saja kepada kes Shafie Apdal, Tan Sri Abu Kassim ketika sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu mengarahkan kes Za hida di tutup!
Kes kehilangan RM200 RIBU wang Zahida Rafik yang dikaitkan dengan Shafie Apdal ialah pada Mac 2012, namun Shafie Apdal dan Tan Sri Abu Kassim bekas KP SPRM bertemu pada 10 April 2012 menyelesaikan kes ini. Atas nasihat Abu Kassim Shafie Apdal menafikan beri wang pada 23 April 2012.
Akhirnya Kes Zahida Rafik Pengubahan Wang Haram RM1.5 juta dari Shafie Apdal dimasukkan dalam akaun Zahida Rafik juga diarahkan ditutup oleh TS Abu Kassim. Sebelum itu Tian Chua dan MP pembangkang mendedahkan rasuah Shafie Apdal 2009 BELB tidak dilayan Tan Sri Abu Kassim.
Kes MARA Inc melibatkan Shafie bekas Menteri KKLW pun ditutup di bawah Abu Kassim.
Ini KSN anda? Ini memang KSN nak menutup semua fail agaknya…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan