Cari Blog Ini

Sabtu, 7 Julai 2018

Sumber SPRM dedah Abu Kassim Bakal KSN miliki RM7 juta dalam akaun?

Sumber SPRM dedah Abu Kassim Bakal KSN miliki RM7 juta dalam akaun?


abu kassim akaun 7 juta.jpg
KUALA LUMPUR – Kecoh mengenai pelantikan Ketua pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed sebagai KSN maka beliau menafikan khabar angin itu bagi menggantikan Tan Sri Dr Ali Hamsa sebagai sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN)
Beliau berkata, fokusnya kini lebih terarah membangunkan GIACC dan tidak berminat untuk menjawat jawatan lain.
“Saya sendiri memaklumkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa saya mahu fokus kepada usaha membangunkan GIACC yang amat diperlukan oleh negara dan tidak mahu sebarang jawatan lain termasuk Ketua Setiausaha Negara.
“Bagi saya kedudukan sebagai ketua Pengarah GIACC sangat penting dalam menjayakan agenda memerangi rasuah dan melahirkan persekitaran tadbir urus baik dan integriti,” katanya
Sebagai Ketua Pengarah buat masa ini, Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN); Institut Integriti Malaysia (IIM); Biro Pengaduan Awam (BPA) dan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) berada di bawah GIACC. SPRM dijangka akan berada di bawahnya.
MalaysiaChoice sebelum ini mendedahkan betapa Tan Sri Abu Kassim Mohamed Ketua pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) jika dilantik sebagai KSN adalah seorang yang tidak berintegriti.
Sumber dalaman pegawai SPRM mengenai Abu Kassim mendedahkan hasil semakan mereka Abu Kassim memiliki wang RM 7 juta dalam akaunnya dan isteri. Sumbernya berkemungkinan besar daripada Shafie Apdal sebelum ini atau taukeh-taukeh cina yang terbabit dengan kes rasuah. Pegawai SPRM amat tahu Abu Kassim tidak berintegriti.
Pegawai SPRM yang tidak mahu namanya didedahkan berkata amat menghairankan mengapa Dr Mahathir memilih Abu Kassim dan bersetuju dengan nasihatnya agar Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional ditubuhkan bagi menguasai badan lain termasuk SPRM. Apa tujuannya? Pastinya beliau mahu menutup kelemahannya.
Jika Kerajaan Pakatan Harapan mahu para Menteri dan Timbalannya mengisytiharkan harta adalah lebih baik Tan Abu Kassim Mohamed Ketua pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional bersama isterinya mengisytiharkan hartanya terlebih dahulu bagi membuktikan dakwaan beliau tidak memiliki RM7 juta dalam akaunnya dan isteri.
mahathir-abu-kassim
Abu Kassim yang bertemu Dr Mahathir sebelum ini juga telah mencadangkan semula nama Dato’ Sri Shukri Abdul sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM walaupun beliaulah sepatutnya menjadi Ketua Pesuruhjaya. Mengapa? Sumber itu mendedahkan kerana Shukri Abdull mempunyai kelemahan yang Abu Kassim mampu mengawalnya. Mereka sama-sama memegang rahsia untuk saling menutup antara satu sama lain.
Dato’ Sri Shukri Abdul KP SPRM juga tidak mempunyai integriti memandangkan beliau dijaga oleh taukeh-taukeh cina yang sering membawa beliau minum malam di Kajang Selangor.
Netizen mencabar Shukri Abdull yang sebelum ini menangis-nangis depan media akan tampil depan media mendedahkan siasatan akaun Abu Kassim sebelum akaun Abu Kassim itu didedahkan kepada umum.
shukr abdul

Apa jadi? Pencuri Harta Anak Yatim Datuk Bahri dilantik semula Pengarah Operasi Khas SPRM

Apa jadi? Pencuri Harta Anak Yatim Datuk Bahri dilantik semula Pengarah Operasi Khas SPRM


bahri rampas harta anak yatim1
Selepas pelantikan semula Dato’ Sri Shukri Abdull sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM Mei lalu bermula kini operasi balas dendam SPRM kepada Najib dan pegawai-pegawai yang terlibat memecatnya.
Kemunculan pertamanya dalam media sambil menangis kononnya hampir mati dibunuh di luar negara mengundang reaksi terhadap kewibawaan SPRM yang sepatutnya menyiasat kes dan mendakwa segera ke mahkamah jika ada kes.
shukr abdul
Tahap KP SPRM sekarang. Menangis. Cerita nak mati. Lama-lama di luar negara ditaja kontraktor cina dan hamya mampu bawa Datuk Bahri pencuri harta anak yatim kembali ke jawatan Pengarah Operasi Khas, Dato’ Hishammudin diturun pangkat menjadi Timbalan. Lantik pencuri maka hasil siasatan juga penuh dendam
Paling malang apabila Tan Sri Abu Kassim bekas KP SPRM yang didakwa mempunyai wang RM7 juta dalam akaun dilantik pula sebagai Ketua pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC). SPRM kini benar-benar sudah menjadi alat kerajaan sebenar.
datin noor haslina.jpg
Lepas ni isteri boleh tolong sampaikan hasil siasatan suami kat FB. Ramai menanti.
Paling teruk Datuk Bahri bin Mohamad Zin bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM dilantik semula ke jawatan itu semula. Apa jadi dengan siasatan polis kes Datuk Bahri bin Mohamad Zin menyalahgunakan kuasa dan merampas harta pusaka milik anak yatim. Kes ini menjadi tergempar pada Januari 2017.
Betapa teruknya Dato’ Shukri Abdull ini sehingga perompak harta anak yatim pun dilantik semula. PDRM juga mengesahkan laporan salah guna kuasa oleh Datuk Bahri ini.
bahri rampas anak yatim2.jpg
Laporan siasatan Bahri ni agaknya dah dijadikan sampah oleh pejabat Peguam Negara. Perampas harta anak yatim boleh jadi Pengarah lagi
Pada 20 Januari 2017 Rakyat Malaysia tentu masih ingat Pengarah Kolej Islam Sains dan Teknologi, Puan Noraihan binti Che Ali mendesak pihak Polis Di Raja Malaysia(PDRM)dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) menyiasat dua laporan polis yang telah dibuat beliau pada awal tahun 2016 mengenai dakwaan salahguna kuasa oleh Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri bin Mohamad Zin.
Dalam satu sidang akhbar, Noraihan menceritakan bagaimana sepasukan anggota dari Unit Operasi Khas SPRM Putrajaya telah menggeledah rumahnya serta menyita dokumen-dokumen berkenaan dengan Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) yang dijalankan bersama Allahyarham suaminya Muhamad Zamly bin Abdullah berikutan keengganan beliau dan anak menandatangani satu Surat Penolakan Harta walaupun didesak oleh keluarga Allahyarham.
Beliau dalam laporannya berkata beliau didesak oleh Datuk Bahri serta isterinya Datin Noor Haslina binti Abdullah Noor.
Kedua-dua laporan polis beliau itu pernah disiarkan oleh portal “Malaysia Today’ milik Raja Petra Kamaruddin dalam satu artikel bertajuk “Did Bahri Resign Because of His Abuse of Power pada 4hb Januari 2017.
Kisah isteri kedua Bahri Datin Noor Haslina mendedahkan siasatan suaminya dalam Facebook bukan baru. Tahap menjengkelkan bagi keluarga anggota penyiasat. Tidak kurang anak-anaknya.
macc-ag-bahri-wife
Bahri bercakap soal integriti dan rasuah tetapi dia sendiri akur dan menggunakan kuasanya dalam SPRM untuk menekan Noraihan Che Ali isteri arwah Muhd Zamly Abdulllah pemilik Kolej KIST.
lapor bahri5.jpg
Noor Haslina adik  Zamly nekad merampas harta milik abangnya.
Jenis Pengarah SPRM begini pilihan Dato’ Shukri Abdull? Kita akan dedah siapa Shukri Abdull selepas ini. Jerung jerung…jerung depan matanya Shukri tak nampak.

laporanbah1.jpg
laporanbah2
lapor bahri4
laporanbah3

Abu Kassim ‘Kaki Kawtim’ Kes Rasuah bakal KSN ganti Ali Hamsa

Abu Kassim ‘Kaki Kawtim’ Kes Rasuah bakal KSN ganti Ali Hamsa


SHAFIE_DIDAKWA (1).jpg
Bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed dikatakan bakal menggantikan Tan Sri Ali Hamsa sebagai ketua setiausaha negara (KSN) dalam tempoh terdekat ini.
Abu Kassim pada 1 Jun lalu dilantik menjadi ketua pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) yang berperanan merumuskan dasar pembaharuan antirasuah dalam perkhidmatan awam.
Menurut laporan Sinar Harian, sekiranya cadangan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhamad V atas nasihat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, GIACC yang diketuai Abu Kassim berkemungkinan akan diletakkan secara terus di bawah KSN.
Laporan itu turut dikongsi Facebook rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam.
abu kassim.jpg
Apa jadi dengan negara apabila bekas KP SPRM yang tidak berintegriti dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara? Bagaimana Abu Kassim yang pernah terlibat dengan menutup beberapa kes rasuah dilantik?
Lihat saja kepada kes Shafie Apdal, Tan Sri Abu Kassim ketika sebagai  Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu mengarahkan kes Za hida di tutup!
Kes kehilangan RM200 RIBU wang Zahida Rafik yang dikaitkan dengan Shafie Apdal ialah pada Mac 2012, namun Shafie Apdal dan Tan Sri Abu Kassim bekas  KP SPRM bertemu pada 10 April 2012 menyelesaikan kes ini. Atas nasihat Abu Kassim Shafie Apdal menafikan beri wang pada 23 April 2012.
Akhirnya Kes Zahida Rafik Pengubahan Wang Haram  RM1.5 juta dari Shafie Apdal dimasukkan dalam akaun Zahida Rafik juga diarahkan  ditutup oleh TS Abu Kassim. Sebelum itu Tian Chua dan MP pembangkang mendedahkan rasuah Shafie Apdal 2009 BELB tidak dilayan Tan Sri Abu Kassim.
Kes MARA Inc melibatkan Shafie bekas Menteri KKLW pun ditutup di bawah Abu Kassim.
Ini KSN anda? Ini memang KSN nak menutup semua fail agaknya…

Dokumen SPRM bocor sahkan Khaled Nordin Bekas MB terima rasuah punca BN kalah di Johor

Dokumen SPRM bocor sahkan Khaled Nordin Bekas MB terima rasuah punca BN kalah di Johor


hj-amir-mb.jpg
Hubungan Hj Amir, Khaled dan Datuk Latif Bandi tidak boleh dipertikaikan. Namun Hj Amir adalah sangat jelas kroni dan proksi Khaled. Apakah kenyataan siasatan dalam dokumen SPRM oleh Hj Amir palsu? Tidak mungkin kerana tawaran SPRM kepada Hj Amir ialah menjadi saksi mendakwa Latif Bandi.
Kejatuhan BN Johor di Johor dalam PRU ke 14 sebenarnya bukan berpunca dari isu 1MDB tetapi kerana kes rasuah melibatkan Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin bekas Menteri Besar Johor. Buktinya beliau kalah apabila bertanding di DUN dan juga Parlimen.
Kisah tangkapan anak lelaki sulung Datuk Abd Latif Bandi, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan & Kerajaan Tempatan, termasuk Datuk Latif Bandi,  Mohamad Idzuan Jamaluddin pegawai khas, seorang penjawat awam Pejabat Tanah Johor dan juga kontraktor Hj Amir Syarifudin Abd Rauf Pengarah SKS Group &  MB Group ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bermula februari 2017 hanyalah satu episod kambing hitam.
rasuah-johor11.jpg
Mohamed Khaled Nordin sehingga ke hari ini terselamat dari dipanggil SPRM. Hakikat sebenarnya beliaulah yang meluluskan dan menerima segala wang rasuah.
mb dan idzuan.jpg
Antara awal yang ditahan SPRM ialah Idzuan, anak Latif Bandi hinggalah kepada Datuk Latif Bandi. Karier Latif terus berkubur. Khaled selamat tetapi rakyat menghukum Khaled. 
Kebocoran dokumen siasatan SPRM kes Datuk Latif Bandi dan proksi Khaled Nordin sekitar november 2017 membuktikan Khaled terlibat. Ia memaksa SPRM mengambil tindakan terhadap pembocoran dokumen berupa kenyataan  rakaman percakapan bekas ecxo Johor Abd Latif Bandi berkait skandal tanah membabitkan Menteri Besar Johor Khaled Nordin ketika itu.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Azam Baki SPRM mengesahkan ketulenan dokumen dan membuat laporan polis.  Azam berkata, SPRM khuatir pembocoran dokumen-dokumen tersebut akan mengganggu prosiding mahkamah memandangkan kes melibatkan bekas exco negeri Johor itu masih dalam perbicaraan.
MB-Johor-rasuah.jpg
Dokumen setebal 150 muka surat mendedahkan kenyataan Amir Shariffuddin Bin Abd Raub dalam muka surat 53 hingga 54 kertas bahawa Hj Amir mengaku banyak kali menyerahkan beg-beg berisi wang tunai berjumlah RM1 juta dan RM700,000 kepada Khaled Nordin.
Dalam kertas itu, Amir mendakwa, dia sendiri telah menyerahkan wang tunai berjumlah RM1 juta dan RM700,000 kepada MB Johor (Khaled) yang diisi dalam sebuah begpack di Pejabat Perhubungan Umno Negeri Johor pada tarikh-tarikh berikut:
16 April 2014 — RM1 juta
1 Oktober 2014 — RM1 juta
20 Oktober 2014 — RM1 juta
2 Disember 2014 — RM1 juta
17 Jun 2015 — RM700,000
dokumen sprm johor
Amir turut mengakui ada menyerahkan wang dalam bentuk cek kepada Menteri Besar Johor dan mengesahkan bawa segala sumbangan yang diberikan itu adalah kerana Datuk MB telah membantu dalam memudahkan kelulusan permohonan penukaran status bumi kepada non-bumi dan pengurangan caj penalti 7.5 peratus bagi projek-projek dipohon oleh Scientex Sdn Bhd.
Sikap dan cara Khaled Nordin ini yang mengkambing hitamkan orang lain mengundang benci rakyat kepada Khaled. Orang lain menjadi mangsa tetapi dia dan anak-anaknya bersenang lenang.
Hakikatnya Hj Amir Syarifudin Abd Rauf Pengarah SKS Group & MB Group  kroni Khaled Nordin  
SPRM membekukan 45 akaun milik  Hj Amir yang mengandungi simpanan sekitar RM15.5 juta dibekukan, selain 21 kereta mewah seperti Nissan Skyline R35, Porsche Cayenne, CLA Mercedes-Benz 200, Bentley biru, Mercedes Benz G-Class, Range Rover , lima motosikal berkuasa tinggi, wang tunai termasuk mata wang asing berjumlah RM500,000 serta pelbagai dokumen lagi.
Hj Amir juga mengaku sebagai Pengarah SKS Group &  MB Group mereka memiliki syarikat dalam dan luar negara. Dalam facebook Hj Amir menjelaskan  ada lebih 54 syarikat dalam  SKS Group Member (Malaysia)
Ia termasuk MB Builders Sdn Bhd, Continental Management Sdn Bhd, Crystal Faber Sdn Bhd, Dimensi Panorama Sdn Bhd, Infra Rancak Sdn Bhd, SKS Focus Sdn Bhd, Parasky Projects Sdn Bhd, TNC Consolidated Sdn Bhd, MB Land Sdn Bhd, Top Genesis Sdn Bhd, Cocoa Valley Sdn Bhd, Southern Builders (J) Sdn Bhd, SKS Desaru Hotel Sdn Bhd, SKS Project Sdn Bhd, SKS Vacation Sdn Bhd, SKS Hotel Residences and Resorts Sdn Bhd, Hotel Nusajaya Sdn Bhd, AmanSari Hotel Management Sdn Bhd, Pandan Hotel Sdn Bhd dan lain-lain lagi.
haji amir 1.jpg
Antara pengakuan Hj Amir lebih 54 syarikat di bawahnya belum termasuk urusan Scientex Berhad

“SAYA TERPAKSA BAGI PENJELASAN INI SECARA TERBUKA UNTUK TATAPAN RAMAI KAT LUAR SANA WALAUPUN PERKARA INI SENSITIF  KERANA TERLALU BANYAK TOMAHAN, FITNAH & BERBAGAI CERITA YANG DICIPTA UNTUK MEROSAKKAN REPUTASI SAYA & SYARIKAT, PEGUAM PERIBADI SAYA & SYARIKAT AKAN MENGAMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG UNTUK MENYELESAIKAN SEGALA HAL-HAL YG BERKAITAN”. KATANYA

haji amir dan mb1.jpg
Hj Amir terkenal di Johor mempunyai hubungan rapat dengan Dato’ Seri Khaled Nordin bekas Menteri Besar Johor yang sekarang sibuk mahu bertanding Naib Presiden UMNO. Ratusan juta projek pembangunan, hartanah, hotel dan lain-lain mereka laksanakan bukan saja dari kerajaan negeri, persekutuan malah projek pembangunan  sendiri, perhotelan dan lain-lain lagi.
haji amir mb2.jpg
hj amir mb3.jpg
Mengapa Khaled Nordin tidak dipanggil SPRM walapupun nama beliau disebut dalam dokumen siasatan kes rasuah Datuk Latif Bandi dan Haji Amir?
Hakikatnya Khaled telah berunding dengan pegawai SPRM pusat untuk menyelamatkannya daripada disiasat, reman ataupun didakwa. Siapa pegawai SPRM pusat itu? anda boleh menyemak sendiri kerana beliau masih berkhidmat dan sedang melakukan kerja ‘bermuka-mukanya’ dengan kerajaan baru.
Cara Khaled ‘mengkambing hitamkan’ Datuk Latif dan Haji Amir sangat luar biasa dan mengundang simpati rakyat. Apakah kamu percaya Khaled tidak menerima wang itu?
Advertisements

Shukri SPRM arah kes Shafie Apdal ditutup, saksi miliki akaun RM29 juta dibebaskan

Shukri SPRM arah kes Shafie Apdal ditutup, saksi miliki akaun RM29 juta dibebaskan

Masihkah anda ingat kes tangkapan besar-besaran di Sabah melibatkan penyelewengan dana KKLW bermula dari tangkapan Datuk Peter Anthony, Azis Jamman, Arifin, Jamawi Jaafar, adik-adik Shafie hinggalah Shafie Apdal sendiri. Jumlah yang ditahan reman ialah 13 orang.
tangkap.jpg
Bukti mereka menerima wang sangat jelas. Namun SPRM menutup kes mereka.
Joseph YU Sin Kong pemilik Sinkong Contructions Sdn Bhd yang membayar rasuah kepada Shafie Apdal dan lain-lain turut ditangkap SPRM.
sinkong.jpg
Taukeh Sinkong antara pemberi rasuah terbesar di Sabah. Di manakah dia?
Ketika itu Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki menganggarkan RM1.5 bilion peruntukan kerajaan pusat melaksanakan projek di Sabah sejak 2009 hingga 2015 (NKRA) diseleweng di KKLW. 
Lebih 60 syarikat disiasat SPRM meliputi 170 projek bekalan air, 163 projek jalan raya dan 17 projek bekalan elektrik di sembilan daerah di Sabah. SPRM sendiri mengesahkan 23 syarikat yang disiasat adalah dibawah kuasa adik Shafie Apdal iaitu Datuk Yusof dan Hj Hamid Apdal.
Paling penting ialah penangkapan Norhartaty Rahmat bekas Timbalan Setiausaha Bahagian Infrastruktur KKLW sebagai SAKSI UTAMA KES.
saksi utama sprm.jpg
SPRM bebaskan Hartaty?
SPRM telah berjaya memujuk Norhartaty sebagai saksi dan menjanjikan keselamatan serta melepaskan beliau jika memberikan kerjasama kepada SPRM. Beliau tidak lagi dianggap sebagai bersubahat dan pelaku rasuah tetapi saksi untuk menuduh Shafie Apdal di mahkamah.
SPRM menggugut akan mendedahkan akaun RM29 juta yang dibeku milik Hartaty jika tidak memberi kerjasama. Oleh itu tidak ada satupun kita membaca dalam media tentang pembekuan RM29 juta dari Timbalan Setiausaha Bahagian KKLW. Jumlah pembekuan yang diumumkan ialah RM179 juta. Anda boleh bayangkan seorang penjawat awam berjawatan Timbalan Setiausaha Bahagian saja boleh mengumpul RM29 juta.
Bermula dari Hartatylah maka SPRM berjaya menjejak wang atau “Money Trail’ RM48 juta yang disalurkan kepada 14 syarikat yang ada kaitan dengan adik-adik Shafie Apdal.

LAPORAN ITU DIBOCORKAN SECARA SENGAJA DALAM THE STAR DENGAN TAJUK MACC SIFTING THROUGH FLOW OF RM48MIL CASH 14”. IA MENYEBABKAN SHAFIE APDAL MENYAMAN THE STAR.

Kertas siasatan juga telah dihantar ke pejabat Peguam Negara (Ketika itu Tan Sri Apandi) namun tidak sempat didakwa ke mahkamah sebelum PRU-14.
money trail baru.jpg
Persoalannya apa status kes rasuah dan salahguna kuasa Shafie Apdal sedangkan Norhartaty Rahmat telah bersetuju menjadi Saksi Utama kes?
Jika sekalipun SPRM menutup kes Shafie Apdal bagaimana Norhartaty Rahmat yang punya RM29 juta dibekukan sehingga sekarang tidak didakwa? Apakah individu yang mengumpul rasuah sehingga RM29 juta dibiarkan sahaja?
Jadi apakah Dato’Sri Shukri Ketua Pesuruhjaya SPRM akan menyelesaikan kes rasuah Shafie Apdal? Jika Shukri sibuk mengenai 1MDB dan siasatannya maka jangan lupa kes Shafie.
Kita cabar Shukri Abdull mendedahkan apa jadi pada Norhartaty Rahmat? Kalau dia anak jantan.

Jumaat, 6 Julai 2018

Bahagian 1 - Projek Rasuah terbesar Dato Seri Zahid Hamidi di Imigresen

Bahagian 1 - Projek Rasuah terbesar Dato Seri Zahid Hamidi di Imigresen

Jurublog ingin berkongsi dengan pembaca blog ini tentang skandal terbaru yang sedang dihadapi pihak Imigresen. Ini berkenaan sistem MYIMM. Satu syarikat baru telah masukkan tender untuk menukar sistem sedia ada kepada sistem yang baru bernama SKIN. Sistem ini harga secara keseluruhannya bernilai hampir RM6 beliyun. Projek ini dibawah syarikat PRESTARIANG.

Tujuan Jurublog mndedahkan skandal ini adalah kerana sistem ada sekarang ini hanya memerlukan sedikit penambahbaikan sahaja dan tidak perlu untuk  tukar sepenuhnya. Jurublog difahamkan kos untuk 'upgrade' sistem baru hanya akan memakan belanja sekitar 400 ke 500 juta ringgit sahaja. Jurublog mendapat info ini dari orang dalam Imigresen sendiri.


Sekarang jurublog akan mendedahkan secara terperinci bagaimana dan berapa kos yang terlibat untuk mengubah keseluruhan sistem ini.

- Jumlah keseluruhan kos projek RM5.2 billion

- CAPEX RM1.13 billion

- OPEX RM1.98 billion

- Technology Refresh RM2.08 billion

- Untuk keseluruhan system IMM yang baru ini siap ianya akan mengambil masa selama 4 tahun

- Sementara system ini siap sepenuhnya, ianya akan menjadi system yang sudah lama dan tidak boleh diguna lagi (teknolgi diperbaharui setiap masa)

SKIN mencadangkan supaya kesesmua tariff atau harga yang dikenakan oleh IMM selama ini dinaikkan.

Ini bermakna segala bayaran yang dibuat selama ini untuk pembaharuan paspot atau pembaharaun apa saja lesen di Imigresen akan dinaikkan secara mendadak untuk mendapat semula apa yang telah dilaburkan sebelum ini (RM5.2 Billion).

Jurublog sudah terangkan dengan secara ringkas tentang apa yang mereka bakal lakukan. Ini adalah kerja sia-sia kerana sistem yang ada sekarang ini boleh diperbaiki dan dijadikan canggih sepenuhnya dengan hanya berbelanja sekitar RM 500 juta sahaja. 

Dalam keadaan sekarang dengan kenaikan harga barang dan semua perkhidmatan yang lain, adalah tidak bijak untuk menukar kepada sistem baru yang akan menelan belanja hingga RM6 Beliyun. Siapa yang akan menanggung kos ini semua? Menurut sumber dari dalaman Imigresen, segala kos sistem baru ini akan dibuat dengan menaikkan segala harga perkhidmatan yang ada sekarang, ie: Harga Paspot, Srevis caj dan segala macam urusan yang sebelum ini murah akan dinaikkan dengan berlipat kali ganda untuk 'cover' semula kos-kos yang sudah dibelanjakan.

Syarikat Prestariang Berhad dikemudi oleh Dr Abu Hasan Ismail. Kementerian Dalam Negeri kini dibawah penyeliaan Dato Seri Zahid Hamidi yang juga merupakan Timblan Perdana Menteri Malaysia. Beliau juga adalah Naib Presiden UMNO. Atas sebab itu blog ini mendedahkan skandal ini kerana mahu menyelamatkan UMNO sekaligus menyelamatkan Malaysia. Jurublog diberitahu dari sumber dalaman lagi, Dr Abu ini sangat rapat dengan menantu Dato Seri Zahid yang bernama Dato Syed Alman bin Syed Alwi.

Menantu DS Zahid yang membawa Dr Abu berjumpa dengan Zahid untuk projek ini. Keakraban Dr Abu dan menantu Zahid memang bukan rahsia lagi. Ini boleh dilihat dengan mata kasar oleh kebanyakan ageensi di bawah KDN. Ini menjadi tanggungjawab jurublog untuk memberitahu semua ahli UMNO dan rakyat Malaysia bagaimana TPM sedang merosakkan lagi sistem Imigresen negara dengan urusjanji yang tidak masuk akal ini.

Izinkan jurublog menceritakan serba sedikit tentang sistem yang kan ditukar nanti, sistem ini datangnya dari Amerika Syarikat dan ianya akan dipasang oleh pakar-pakar dari Amerika Syarikat di jabatan Imigresen Malaysia seluruh negara. Bukankah ianya merbahaya keada kedaulatan negara kerana segala data akan dipegang oleh Amerika? Sistem yang ada sekarang ini langsung tidak melibatkan Amerika. Kerana sistem yang ada sekarang ini berintegrasi diantara beberapa sistem yang lain. Bukan dimiliki oleh satu syarikat tetapi banyak syarikat.

Tidak dinafikn sistem yang ada sekarang iaitu MYIMM agak perlahan dan kadang kala ianya offline tetapi tidaklah ditahap yang membimbangkan, seperti yang telah jurublog tulis diawal artikel ini, ianya boleh diatasi dengan menaiktaraf kepada 'software' yang baru sahaja. Sistem baru ini akan memakan masa hingga empat tahun untuk disiapkan nanti. Dengan sistem baru pegawai Imigresen dan KDN perlu mnjalani kursus dan pelabagai lagi permasalahan yang kita tidak boleh jangkakan. Kenapa perlu membazir kalau sudah boleh 'upgrade' yang sedia ada? Ianya memerlukan kos yang sangat besar.

Siapa yang akan meendapat keuntungan ini? Kenapa rakyat perlu sengsara dengan segala kenaikan nanti setelah sistem baru ini dimplimentasi? Selama empat tahun mendatang untuk Imigresen mendapat sistem ini, ianya akan menjadi masalah lagi kerana teknologi dinaiktaraf setiap masa. Dalam empat tahun sistem yang dicadangkan ini mungkin sudah 'out of date'. Ini merupakan satu pembaziran dan Jurublog hara artikel ini akan diviralkan demi untuk menyelamatkan Malaysia dari kenaikan berkenaan urusan paspot dan yang berkaitan dengannya.


Profesor Dr Abu sangat rapat dengan menantu Dato Seri Zahid Hamidi. Menurut sumber yang mendedahkan skandal ini, keakraban mereka berdua hingga membolehkan Syed Alman membawa Prof Dr Abu ke rumah Zahid pada bila-bila masa sahaja. Segala perjanjian dan pembahagian untung dibincang di rumah Timbalan Perdana Menteri. Dato Seri Zahid Hamidi sudah tidak sabar untuk mengambilalih tampuk pemerintahan kuasa. Dato Seri Najib Razak dilihat semakin lemah untuk mentadbir parti mahupun negara.Justeru Dato Seri Zahid Hamidi perlu mengisi kantong politik beliau dengan segera.

Sumber juga turut memberitahu UKAS dan KDN sedang berbisik-bisik dikalangan mereka dan mereka mengakui bahawa projek ini tidak mendatangkan faedah dan rakyat. Pihak UKAS telah memberitahu menteri projek ini tidak berapa sesuai dalam keadaan ekonomi yang tidak berapa menentu sekarang ini. Tetapi Zahid mahu projek ini diteruskan juga kerana ini projek yang menguntungkan Zahid yang mahu mengejar jawatan Perdana Menteri. Jurublog agak pelik kenapa KSN tidak berbuat apa-apa? Apakah KSN sedang lena dibuai mimpi? Atau KSN cuba 'play safe'?