Cari Blog Ini

Isnin, 11 Jun 2018

PENYOKONG PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM HENDAKLAH DIPADAMKAN STATUS "ISLAM" DALAM IC MEREKA.

ALIM ULAMA, ILMUAN ISLAM DAN PEMIMPIN MASYARAKAT YANG NYATA MENJADI KAFIR AKIBAT MENYOKONG PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM HENDAKLAH DIPADAMKAN STATUS "ISLAM" DALAM IC MEREKA.
Allah SWT telah berfirman bahawa mereka yang menyokong Pemimpin Pendusta dan Zalim tidak akan mendapat pengampunan dan pertolongannya selain azab seksa yang amat pedih. Begitu juga sabda Rasulallah SAW yang juga bermakna sedemikian.
Memang mereka amat sukar mendapat keampunan masyarakat keseluruhan bagi membolehkan Taubat mereka diterima oleh Allah.
Oleh itu Alim Ulama dan Ilmuan Islam yang lain jangan pula hendak menjadi Tukang Cuci Dosa mereka dengan menyatakan mereka bukan Kafir atau menyatakan bahawa mereka telah Bertaubat dengan tanpa mengambil kira adakah semua rakyat telah mengampunkan mereka atau tidak.
Perkara ini juga akan membawa kekafiran kepada yang menyatakan sedemikian atau pihak yang cuba membela kerana menafikan kebenaran Firman Allah dan Sunnah Rasulallah serta menafikan Syarat Taubat yang sebenar.
Oleh itu mereka ini adalah Kafir yang kekal dan tidak boleh dibantu lagi. Tidak payah dihukum atau diseksa mereka, cukup sekadar dengan menarik status Islam dan melarang mereka berceramah atau memegang atau menjalankan apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan Agama Islam adalah sudah memadai.
Ini bermakna semua haq dan larangan yang disyariatkan oleh agama kepada mereka yang telah Murtad tau Kafir wajib dilaksanakan kepada mereka.
Wallahuaklam.
ABC.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan