Cari Blog Ini

Sabtu, 12 Mei 2018

ALLAH PUN MEREKA BERANI DUSTAI.





SETIAP PEMIMPIN ISLAM AKAN MELAFAZKAN IKRAR KEPADA ALLAH (Dengan memegang Al-qur'an_ UNTUK MENJADI PEMIMPIN SEPERTI YANG DISYARIATKAN OLEH ISLAM, TAPI MEREKA INGKAR DAN MUNGKAR.
DOSA PEMIMPIN YANG BERDUSTA DAN MUNGKIR JANJI DENGAN ALLAH.
Umum mengetahui bahawa ada terdapat pemimpin yang manis apabila berkata-kata dan berjanji sedangkan hakikatnya janji tersebut tidak akan terlaksana.
Tujuan janji manis itu ditaburi hanya untuk meraih sokongan pengundi sahaja. Maka pemimpin tersebut adalah pemimpin yang berdosa kerana janji yang dibuat tidak ditepati.
Trend pemimpin zaman sekarang bagi meraih sokongan yang besar adalah dengan berjanji dengan bermacam-macam perkara walhal selepas dipilih menjadi pemimpin, janji itu sengaja dilupai.
Lagi malang jika pemimpin itu adalah pemimpin yang solat dan berpuasa tetapi pemimpin itu telah berbohong pada Allah dan juga umat Islam keseluruhannya.
Pemimpin yang sering berdusta Allah akan campakkan pada hatinya perasaan munafik yang kekal. Berdasarkan firman Allah s.w.t:
Akibatnya Allah menimbulkan perasaan munafik dalam hati mereka (berkekalan) hingga ke masa mereka menemui Allah, kerana mereka telah memungkiri apa yang mereka janjikan kepada Allah dan juga kerana mereka sentiasa berdusta.
(Surah at-Taubah:77)
Jelas pemimpin yang berdosa maka baginya azab seksaan di api neraka kelak.
Berusahalah kita menjadi pemimpin yang disayangi oleh orang jagaan kita, bukan dibenci dan dicemuh.
Tunjuklah tauladan yang baik kepada orang bawahan kita, agar tauladan itu boleh menjadi pedoman kepada mereka untuk mereka praktikkannya bersama.
Jadikanlah Nabi Muhammad s.a.w sebagai ikutan dalam menjadi pemimpin dan pengurus yang terbaik dalam Islam.
Wallah Huaklam.
ABC.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan